Wednesday

KEMPEN PEMBERSIHAN DARI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES





Kempen yang diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan-kawasan berpotensi tinggi yang boleh membiakan aedes. Semua yang terlibat diminta berkumpul di Digital Mall pada 9.00pg sebelum kempen dijalankan. Seramai hampir 60 orang yang terlibat termasuk beberapa agensi-agensi yang terlibat adalah QRT Potong Rumput, Vektor Forgin , Tangkap Anjing, Kawal Selia, 3 Kontraktor pembersihan & angkat sampah, Alam Flora, 3 buah lori cuci longkang dan Penguatkuasa lalu lintas, yang turut turun padang bersama-sama menyertai kempen ini adalah Y.N Edward Lee ADUN Bukit Gasing dan Ahli Majlis Zon 14, En.Selvarajan A/L Rathinam.

23 JANUARY 2010




PESTA PONGGAL DI KUIL SRI THUKKAI AMMAN

Terdapat 108 biji periuk telah digunakan didalam Pesta Ponggal pada tahun 2010, dan ia diadakan di Kuil Sri Thukkai Amman, di dalam majlis ini juga, sumbangan untuk pelajar - pelajar UPSR telah disumbangan oleh Ahli Majlis Zon 14, En. Selvarajan A/L Rathinam dan peruntukan RM25 ribu dari Kerajaan Negeri Selangor untuk Kuil Thurkkai Amman pula telah diberikan dari Pejabat Y.B Dr. Xavier dan peruntukan tersebut disampaikan oleh Y.B Puan Haniza Talha, ADUN Taman Medan dan Y.B Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan telah memberi sumbangan.

PESTA PONGGOL




Happiness is a butterfly which,
when pursued, is always beyond our grasp,
but which if you will dit down quietly,may alight upon you

The enjoyful event has been organize by Commitee of Desa Mnetari PJS 2,and it launched by Y.B Haniza Talha, ADUN Taman Medan. Y.B Hee Loy Sianm Parlimen Petaling Jaya Selatan and Mr. Selvarajan A/L Rathinam, Council Membe Zone 14 also join this festival. In this ponggal festival a lot of people including all race and religion come to cheer this festival. A range of activities conducted such as ripe sweet rice (nasi manis). This festival is so joyful and enjoyful.




JANUARI 2010


MAJLIS MESRA BERSAMA PEMIMPIN DAN JAMUAN RAKYAT
Majlis mesra bersama pemimpin dan rakyat ini diadakan bertujuan untuk mendekati rakyat dikawasan ini dan mendengar masalah - masalah yang dihadapi oleh penduduk dikawasan tersebut. Turut dihadiri ialah Y.B Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, dan juga Ahli Majlis Zon 14 En. Selvarajan A/L Rathinam dan turut dihadiri Ahli Majlis PJS 3 & 4 iaitu En. Mahhrul.














DECEMBER 2009




HARI SUKAN TAHUNAN KE - 2

Sukan tahunan ini diadakan dipadang PJS 3 anjuran Kuil Thurkkai dan Ahli Majlis Zon 14 iaitu En. Selvarajan A/L Rathinam. Seramai 50 orang peserta yang telah mengambil bahagian didalam sukan tahunan ini. Majlis Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Y.B Haniza Tahla ADUN Taman MEdan dan En. Selvarajan A/L Rathinam, dan beliau berharap agar pada tahun depan lebih banyak peryertaan peserta yang akan mengambil bahagian.








NOVEMBER 2009


PROGRAM MENGACAU DODOL & MEMBAKAR LEMANG SEMPENA
HARI RAYA AIDIL -ADHA

Program mengacau dodol dan membakar lemang sempena Hari Raya Aidil-Adha telah diadakan di Taman Impian Baiduri bersama penduduk dan Ahli Majlis Zon 14, En.Selvarajan A/L Rathinam untuk menjayakan program ini,beliau telah memberi sumbangan peribadi berbentuk kewangan kepada pihak PPIBBA. Disamping itu juga, beliau juga mengadakan perbincangan bersama Majlis Perwakilan Penduduk Taman Impian Baiduri untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut .